|
JAWATAN KOSONG
BERNAMA, Agensi Berita Nasional Malaysia dan pemimpin dalam pasaran perkhidmatan skrin, mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:
PUSTAKAWAN GRED S41(TETAP)
Kelayakan
- Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) Perpustakaan & Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan atau setaraf dengannya
- Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
Calon yang berminat diminta membuat permohonan yang lengkap dengan menyatakan kelayakan, pengalaman bekerja, gaji yang diterima serta gaji yang dipohon, nombor yang boleh dihubungi, serta gambar ukuran pasport dan salinan sijil-sijil ke alamat seperti di bawah pada atau SEBELUM 31 OGOS 2008:
Pengurus Sumber Manusia
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
28 Jalan 1/65A, Off Jalan Tun Razak
50700 KUALA LUMPUR
(Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga)
|